Menu
 
 » Borang
 » Prosedur Pendaftaran
 » Panduan Pendaftaran
 



©2009-2010  CRG Industri Sdn. Bhd.
Paparan Terbaik Dengan Microsoft Internet Explorer
PANDUAN MENGISI FAIL MICROSOFT® EXCEL PPM-2(B) BAGI PENDAFTARAN PASUKAN KELANA/ KLM/ KLKM
Borang ini hendaklah diisi dengan menggunakan HURUF BESAR.
Panduan ini merujuk kepada Bahagian/Helaian di dalam fail Microsoft® Excel PPM-2(B).

Anda boleh klik << Previous untuk ke helaian sebelumnya, atau klik Next >> untuk ke helaian seterusnya.

(A) ARAHAN

Mengandungi arahan dan panduan untuk Pendaftaran Ahli Kelana/ KLM/ KLKM Tahun 2010.

(B) KUMP – [MAKLUMAT KUMPULAN]

Sila lengkapkan helaian ini dengan maklumat kumpulan dan maklumat pembayaran yuran :

MAKLUMAT KUMPULAN

1) No. Kumpulan
    Isi No Kumpulan.

2) PPM Daerah
    Isi PPM Daerah dimana Kumpulan didaftarkan.

3) PPM Negeri
    Pilih dari senarai, PPM Negeri dimana Kumpulan didaftarkan.

4) Nama Sekolah / Maktab / Universiti / Kumpulan
    Isi Nama Sekolah / Maktab / Universiti / Kumpulan jika berkenaan.

5) Alamat Kumpulan
    Isi alamat surat-menyurat terkini kumpulan.

6) Poskod
    Isi poskod untuk alamat kumpulan.

7) Bandar
    Isi Bandar untuk alamat kumpulan (jika berkenaan).

8) Negeri
    Isi Negeri untuk alamat kumpulan.

9) No. Telefon
    Isi No. Telefon untuk dihubungi.

10) No. Faks
      Isi No. Faks (jika ada).

11) Alamat E-mel
      Isi alamat E-mel (jika ada).

12) No. Pendaftaran Kumpulan
      Bagi kumpulan sedia ada yang memperbaharui pendaftaran ahli, isikan No. Pendaftaran Kumpulan.
      Bagi kumpulan baru yang belum pernah berdaftar, biarkan kosong.
 
MAKLUMAT PEMBAYARAN

1) Jenis Pendaftaran
    Pilih Jenis Pendaftaran, sama ada PENDAFTARAN BARU atau PENUBUHAN KUMPULAN. PENUBUHAN KUMPULAN     adalah untuk kumpulan baru yang mendaftar untuk kali pertama.

2) Jumlah Bayaran
    Isi jumlah bayaran yang dibuat. Amaun ini dipetik dari borang PPM-2(B) – Penyata Lengkap Yuran dan Perangkaan Ahli.

3) Tarikh Pembayaran
    Tarikh pembayaran dibuat

4) No. Rujukan Pembayaran
    Isikan No. Rujukan Pembayaran yang didapati dari Resit/Slip Deposit

5) Kaedah Pembayaran
    Pilih Kaedah Pembayaran, sama ada CEK atau TUNAI.

6) No. Cek / Bank Draf / Wang Pos
    Sekiranya pembayaran dibuat melalui Cek, Bank Draf atau Wang Pos sila isikan nama bank dan nombor Cek / Bank Draf /     Wang Pos tersebut.

(C) PEMIMPIN – [SENARAI NAMA PEMIMPIN / PEN. PEMIMPIN / AHLI BIASA/ AHLI TIDAK BERUNIFORM]
      (KUASA PENGANJUR/ PENGETUA/ PENYELIA)

Sila lengkapkan helaian ini dengan maklumat semua Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa(Tidak Beruniform).

1) Nama Penuh
     Isikan nama seperti dalam Kad Pengenalan, dengan menggunakan HURUF BESAR.

2) No. K.P.
     Isikan Nombor Kad Pengenalan / Nombor Polis / Nombor Tentera / Passport. Jangan masukkan jarak atau sengkang.

3) Jantina
     Pilih Jantina dari senarai, sama ada Lelaki atau Perempuan.

4) Keturunan
    Pilih Keturunan dari senarai. Jika tidak disenaraikan, pilih Lain-Lain.

5) Tarikh Lahir
     Isikan tarikh lahir.

(D) PENGAKAP – [SENARAI NAMA AHLI KELANA/ KLM - IGPM/ KLKM]
      (PENGAKAP KELANA/ KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA/ KELANASISWA)

Sila lengkapkan helaian ini dengan maklumat semua ahli pengakap.

1) Nama Penuh
    Isikan nama seperti dalam Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran /Passport, dengan menggunakan HURUF BESAR.

2) No. K.P.
    Isikan Nombor Kad Pengenalan / Nombor Sijil Kelahiran / Passport. Jangan masukkan jarak atau sengkang.

3) Jantina
    Pilih Jantina dari senarai, sama ada Lelaki atau Perempuan.

4) Keturunan
    Pilih Keturunan dari senarai. Jika tidak disenaraikan, pilih Lain-Lain.

5) Tarikh Lahir
    Isikan tarikh lahir ahli.
 
(E) BORANG – [PPM-2(B)]

Sila cetak Borang PPM-2(A) Penyata Lengkap Yuran dan Perangkaan Ahli untuk ditandatangan. Satu salinan haruslah dihantar kepada PPM Daerah / PPM Negeri.


== TAMAT ==